9:56 PG

INDUSTRI ASAS TANI

Dicatat oleh DANNEY aka NEO |

Program-program Industri Asas Tani (IAT) telah lama dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagai dan meningkatkan pendapatan golongan sasar.Usaha ini ditingkatkan lagi setelah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi tanggungjawab untuk memajukan IAT apabila berlakunya penyusunan semula Kementerian dan Jabatan selepas pilihan raya umum tahun 2004. Pembangunan IAT yang ingin direalisasikan melibatkan produk-produk makanan dan bukan makanan yang dihasilkan daripada aktiviti nilai tambah ke atas hasil keluaran agro-makanan. Produk-produk yang dihasilkan menepati standard kualiti dan keselamatan makanan serta berkeupayaan untuk meneroka pasaran antarabangsa. Galakan diberikan kepada pengusaha-pengusaha baru yang ingin menceburi industri ini selain meningkatkan keupayaan pengusaha sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

CILI API DAN TERUNG 

KACANG BENDI

UBI KELEDEK

CILI BESAR

PUCUK PAKU

support for malaysian product

0 ulasan:

Catat Ulasan

Subscribe