8:40 PG

HOMESTAY KG ENDAH

Dicatat oleh DANNEY aka NEO |

HOMESTAY      Bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung yang penuh adat tradisi dan budaya masyarakat serta lanskap yang cantik, Homestay Kampung Endah tempatnya. Konsep  pelancongan tinggal bersama atau “HOMESTAY”  kini mendapat tempat dihati pelancong asing mahupun penduduk tempatan.Sesuai bagi mereka yang mendambakan ketenangan kampung,Homestay Kampung Endah yang berkecimpung lebih kurang 2 tahun dalam dunia homestay menjanjikan yang terbaik kepada pengunjung.Bukan hanya berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi dan mempelajari cara hidup masyarakat desa, malah anda juga bakal didedahkan dengan tradisi adat budaya yang menjadi warisan zaman berzaman. 

Homestay Kampung Endah yang terletak di Kuala Langat ini menjadikan adat tradisi dan budaya masyarakatnya sebagai tarikan utamanya.Anda dapat merasai dan alami sendiri bagaimana kehidupan masyarakat yang masih berpegang teguh kepada agama,adat dan keturunan masyarakat Jawa.Di sini, anda berpeluang mempelajari cara membuat nasi ambang yang menjadi tradisi masyarakat Jawa dan cara membuat kuih tradisional.

Hayatilah persembahan kebudayaan kampung yang menarik melalui aktiviti kebudayaan seperti cempuling, marhaban  dan banyak lagi.Anda juga boleh mempelajari beberapa langkah ilmu asas persilatan atau mencuba pengalaman permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan tenteng sambil mengenang nostalgia zaman kanak-kanak anda.Oleh itu, jangan hanya berkhayal, penuhkan impian dengan lawatan ke Homestay kampung Endah yang memberikan seribu satu kenangan manis buat manusia bergelar insan…

 

 PAKEJ  1

 lawatan sehari dari jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang 

 Harga : (RM50 seorang peserta) 

PAKEJ 1.   LAWATAN SEHARI

Tempat: Balai Raya

Acara / Aktiviti :

 

  • Sambutan ketibaan peserta
  • Taklimat kampung
  • Lawatan ke projek I.K.S
  • Lawatan ke ladang sayur / agrotek
  • Makan tengahari
  • Sembahyang zohor
  • Lawatan ke Pusat Aktiviti W.I dan KEMAS
  • Berkumpul di Balai Raya untuk majlis perpisahan

PAKEJ  2

Lawatan 2 hari 1 malam seorang peserta   Harga :  Rm 140 ( 70 sehari)

LAWATAN 2 HARI 1 MALAM 

TEMPAT: RUMAH HOMESTAY

ACARA / AKTIVITI  :

HARI PERTAMA :-

  • Sambutan di Balai Raya / Dewan
  • Penyerahan peserta kepada ahli-ahli homestay 
  • Bersama ahli homestay di rumah keluarga angkat
  • Makan malam dirumah homestay
  • Sembahyang magrib di masjid dan melakukan aktiviti di masjid
  • Beramah mesra dengan ahli homestay
  • Tidur

 HARI KEDUA :-

 

  • Bangun pagi sembahyang subuh
  • Sarapan pagi
  • Berkumpul di Balai Raya / Dewan
  • Taklimat kampung
  • Taklimat lawatan ke projek ladang sayur dan argotek
  • Pulang ke rumah makan tenghari dan sembahyang zohor 
  • Berkumpul di Balai Raya / Dewan untuk majlis perpisahan 

PAKEJ  3

lawatan 3 hari 2 malam seorang peserta Harga : RM 210 (RM 70 sehari)

 LAWATAN 3 HARI 2 MALAM

TEMPAT: RUMAH HOMESTAY ACARA/ AKTIVITI :

HARI PERTAMA:-

  • Sambutan di Balai Raya / Dewan 
  • Penyerahan peserta kepada ahli-ahli homestay
  • Bersama ahli homestay tiba dirumah
  • Makan malam, sembahyang magrib di masjid dan  menjalani  aktiviti di masjid
  • Riadah bersama ahli homestay
  • tidur

HARI KEDUA :-

  • bangun pagi sembahyang subuh 
  • sarapan pagi
  • berkumpul di Balai Raya /Dewan
  • taklimat kampung dan taklimat lawatan
  • lawatan ke ladang sayur dan argotek
  • lawatan ke projek I.K.S
  • makan tengahari di rumah dan sembahyang zohor
  • berkumpul di Balai Raya /Dewan
  • lawatan ke PAKAS dan melakukan aktiviti PAKAS
  • minum petang dan sembahyang asar di rumah
  • berkumpul di padang (acara sukaneka)
  • balik rumah homestay makan malam sembahyang magrib di masjid
  • berkumpul di dewan (acara persembahan kebudayaan )
  • balik rumah homestay dan tidur. 

HARI KETIGA :-

  • Sarapan pagi
  • berkumpul di Dewan / Balai Raya untuk taklimat lawatan ke tempat bersejarah Bukit Jugra.
  • Lawatan ke kampung-kampung yang Berjaya di Daerah Kuala Langat
  • Makan tengahari 
  • Pulang ke rumah homestay membuat persiapan majlis perpisahan aturcara majlis dibuat  di salah  sebuah rumah homestay

 Keterangan lanjut @ tempahan sila hubungi

En Ramlan B. Misnan 

013-6456489 @03-31981364

atau


PENYELIA PPIK KG ENDAH

En Mohd Danney Bin Shadan

Tel : 017-2068567

Email: danney.sys@gmail.com / neo_sys@yahoo.com

Blog : ppikkampungendah.blogspot.com

support for malaysian product

10:32 PG

PERIKANAN

Dicatat oleh DANNEY aka NEO |

Tanggungjawab memastikan bekalan ikan negara adalah mencukupi terletak di atas bahu dua agensi utama kerajaan berkaitan perikanan iaitu Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ikan merupakan salah satu sumber makanan yang menyumbangkan protin bagi penduduk negara ini. Majoriti sumber perikanan negara disumbangkan oleh perikanan tangkapan marin yang terbahagi kepada tiga sektor iaitu perikanan laut pantai, perikanan laut dalam dan perikanan tuna laut lepas.

Pengkalan nelayan terletak kira-kira 2km dari Kg Endah.

support for malaysian product

9:56 PG

INDUSTRI ASAS TANI

Dicatat oleh DANNEY aka NEO |

Program-program Industri Asas Tani (IAT) telah lama dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagai dan meningkatkan pendapatan golongan sasar.Usaha ini ditingkatkan lagi setelah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi tanggungjawab untuk memajukan IAT apabila berlakunya penyusunan semula Kementerian dan Jabatan selepas pilihan raya umum tahun 2004. Pembangunan IAT yang ingin direalisasikan melibatkan produk-produk makanan dan bukan makanan yang dihasilkan daripada aktiviti nilai tambah ke atas hasil keluaran agro-makanan. Produk-produk yang dihasilkan menepati standard kualiti dan keselamatan makanan serta berkeupayaan untuk meneroka pasaran antarabangsa. Galakan diberikan kepada pengusaha-pengusaha baru yang ingin menceburi industri ini selain meningkatkan keupayaan pengusaha sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

CILI API DAN TERUNG 

KACANG BENDI

UBI KELEDEK

CILI BESAR

PUCUK PAKU

support for malaysian product

Subscribe