Homestay Kampung Endah yang terletak di Kuala Langat ini menjadikan adat tradisi dan budaya masyarakatnya sebagai tarikan utamanya.Anda dapat merasai dan alami sendiri bagaimana kehidupan masyarakat yang masih berpegang teguh kepada agama,adat dan keturunan masyarakat Jawa.Di sini, anda berpeluang mempelajari cara membuat nasi ambang yang menjadi tradisi masyarakat Jawa dan cara membuat kuih tradisional.
Hayatilah persembahan kebudayaan kampung yang menarik melalui aktiviti kebudayaan seperti cempuling, marhaban dan banyak lagi.Anda juga boleh mempelajari beberapa langkah ilmu asas persilatan atau mencuba pengalaman permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan tenteng sambil mengenang nostalgia zaman kanak-kanak anda.Oleh itu, jangan hanya berkhayal, penuhkan impian dengan lawatan ke Homestay kampung Endah yang memberikan seribu satu kenangan manis buat manusia bergelar insan…
PAKEJ 1
lawatan sehari dari jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang
Harga : (RM50 seorang peserta)
PAKEJ 1. LAWATAN SEHARI
Tempat: Balai Raya
Acara / Aktiviti :
- Sambutan ketibaan peserta
- Taklimat kampung
- Lawatan ke projek I.K.S
- Lawatan ke ladang sayur / agrotek
- Makan tengahari
- Sembahyang zohor
- Lawatan ke Pusat Aktiviti W.I dan KEMAS
- Berkumpul di Balai Raya untuk majlis perpisahan
PAKEJ 2
Lawatan 2 hari 1 malam seorang peserta Harga : Rm 140 ( 70 sehari)
LAWATAN 2 HARI 1 MALAM
TEMPAT: RUMAH HOMESTAY
ACARA / AKTIVITI :
HARI PERTAMA :-
- Sambutan di Balai Raya / Dewan
- Penyerahan peserta kepada ahli-ahli homestay
- Bersama ahli homestay di rumah keluarga angkat
- Makan malam dirumah homestay
- Sembahyang magrib di masjid dan melakukan aktiviti di masjid
- Beramah mesra dengan ahli homestay
- Tidur
HARI KEDUA :-
- Bangun pagi sembahyang subuh
- Sarapan pagi
- Berkumpul di Balai Raya / Dewan
- Taklimat kampung
- Taklimat lawatan ke projek ladang sayur dan argotek
- Pulang ke rumah makan tenghari dan sembahyang zohor
- Berkumpul di Balai Raya / Dewan untuk majlis perpisahan
PAKEJ 3
lawatan 3 hari 2 malam seorang peserta Harga : RM 210 (RM 70 sehari)
LAWATAN 3 HARI 2 MALAM
TEMPAT: RUMAH HOMESTAY ACARA/ AKTIVITI :
HARI PERTAMA:-
- Sambutan di Balai Raya / Dewan
- Penyerahan peserta kepada ahli-ahli homestay
- Bersama ahli homestay tiba dirumah
- Makan malam, sembahyang magrib di masjid dan menjalani aktiviti di masjid
- Riadah bersama ahli homestay
- tidur
HARI KEDUA :-
- bangun pagi sembahyang subuh
- sarapan pagi
- berkumpul di Balai Raya /Dewan
- taklimat kampung dan taklimat lawatan
- lawatan ke ladang sayur dan argotek
- lawatan ke projek I.K.S
- makan tengahari di rumah dan sembahyang zohor
- berkumpul di Balai Raya /Dewan
- lawatan ke PAKAS dan melakukan aktiviti PAKAS
- minum petang dan sembahyang asar di rumah
- berkumpul di padang (acara sukaneka)
- balik rumah homestay makan malam sembahyang magrib di masjid
- berkumpul di dewan (acara persembahan kebudayaan )
- balik rumah homestay dan tidur.
HARI KETIGA :-
- Sarapan pagi
- berkumpul di Dewan / Balai Raya untuk taklimat lawatan ke tempat bersejarah Bukit Jugra.
- Lawatan ke kampung-kampung yang Berjaya di Daerah Kuala Langat
- Makan tengahari
- Pulang ke rumah homestay membuat persiapan majlis perpisahan aturcara majlis dibuat di salah sebuah rumah homestay
Keterangan lanjut @ tempahan sila hubungi
En Ramlan B. Misnan
013-6456489 @03-31981364
atau
PENYELIA PPIK KG ENDAH
En Mohd Danney Bin Shadan
Tel : 017-2068567
Email: danney.sys@gmail.com / neo_sys@yahoo.com
Blog : ppikkampungendah.blogspot.com